:
INFO KASIH HUFFAZ

PENGENALAN 

 

PROGRAM KASIH HUFFAZ ( INFAQ PENDIDIKAN ) adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak PENERBITAN DAR HAKAMAH (PDH)  selaku syarikat penerbit Kitab Mushaf Qiraat Asyara Sepuluh, buku-buku qiraat dan buku pengajian al-quran untuk kegunaan pelajar-pelajar pengajian al-auran dan al-qiraat di peringkat Ijazah, diploma, Sijil di IPTA/IPTS, serta peringkat menengah, pusat tahfiz, madrasah, pondok di Institusi Pengajian Islam seluruh Malaysia. 

 

Pihak PDH juga telah mendapat kelulusan daripada pihak KDN untuk mencetak dan mengedar Mushaf Qiraat Asyara Sepuluh serta mendapat sokongan daripada Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Perbadanan wakaf Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri serta Institusi Pengajian Islam dalam melaksanakan program wakaf dan infaq pendidikan ini bagi membantu pelajar-pelajar dapat memiliki kitab dan buku-buku pengajian mereka.